Cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C
hingga 35°C.
Sentiasa pasangkan tukup perlindungan pada
pencukur bagi melindungi kepala pencukur semasa
anda dalam perjalanan.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental,
agen pembersih yang melelas atau cecair
yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
Hanya gunakan penyesuai yang dibekalkan.
Jika plag penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan
jenis asli bagi mengelakkan bahaya.
Hanya gunakan Sistem Pembersih Jet dengan
cecair pembersih tulen HQ200.
Jangan sesekali tenggelamkan Sistem Pembersih
Jet di dalam air dan jangan membersihkannya di
bawah air pili yang mengalir.
Gunakan dan simpan Sistem Pembersih Jet pada
suhu antara 5°C hingga 35°C.
Sentiasa letakkan Sistem Pembersih Jet pada
permukaan yang stabil, rata dan mendatar untuk
mengelakkan kebocoran.
Kosongkan ruang membersih dan bersihkannya
dengan rapi dengan membilasnya dengan air pili
yang panas setiap 15 hari.
Sentiasa letakkan Sistem Pembersih Jet pada
permukaan tahan bendalir.
Sistem Pembersih Jet membersih dengan rapi
tetapi tidak menyahjangkit pencukur anda, oleh itu
jangan berkongsi pencukur dengan orang lain.
Ruang pembersihan Sistem Pembersih Jet tidak
kalis mesin basuh pinggan mangkuk.
Apabila Sistem Pembersih Jet telah siap untuk
digunakan, jangan mengalihnya untuk mengelakkan
cecair pembersih daripada bocor.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BAHASA MELAYU 99