Philips RQ1087 Electric Shaver User Manual


 
5 Letakkan Sistem Pembersih Jet semula pada
ruang pembersihan.
Pastikan butang pelepas klik kembali ke tempatnya.
Anda boleh membersihkan Sistem Pembersih Jet
menggunakan kain yang lembap.
Bersihkan ruang pembersihan setiap 15 hari sekali.
Membersihkan unit pencukur di bawah paip
1 Matikan pencukur.
2 Tarik buka tiga kepala pencukur satu demi satu.
3 Bilas semua ketiga-tiga kepala pencukur dan
semua ketiga-tiga ruang rambut di bawah air
paip yang panas selama 30 saat.
Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar
air tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada kelecuran.
4 Berhati-hati semasa menggoncangkannya untuk
mengeluarkan lebihan air dan biarkan kepala
pencukur terbuka agar unit pencukuran kering
dengan sempurna.
Jangan keringkan unit pencukur dengan tuala
atau tisu, kerana ini akan merosakkan kepala alat
pencukur.
Membersihkan unit pencukur dengan berus
yang disediakan
1 Matikan pencukur.
-
-
BAHASA MELAYU114