23
◗ Apabila anda telah selesai mengeringkan setiap bahagian, tetapkan
pengering ke tetapan sejuk untuk tiupan sejuk terakhir. Ini
menutupkan kutikel dan menyebabkan rambut anda lebih berkilat.
B
Panduan: Pengering Philips Protect mempunyai suhu mengering yang
lebih rendah dan aliran udara yang lebih kuat daripada alat pengering
biasa. Terima kasih kepada penyatuan ini, ia mengeringkan secepat
pengering biasa tetapi dengan cara yang lebih lembut.
Langkah 3: meluruskan rambut anda
Alat melurus adalah suatu alat menggaya yang sangat berkuasa dan
hendaklah sentiasa digunakan dengan berhati-hati.
◗ Sekiranya anda menggunakan alat melurus dengan cara yang tidak
betul atau sekiranya anda gunakannya pada suhu salah, anda boleh
buat rambut anda terlalu kering atau pun membakarnya. Selalu
ikuti empat langkah di bawah untuk memilih suhu yang betul
untuk jenis rambut anda! (gamb. 2).
- Selalu pilih suatu tetapan rendah apabila anda mula mengguna alat
melurus buat pertama kali.
- Untuk rambut kasar, keriting atau sukar untuk dilurus, pilih tetapan
kepanasan sederhana (120cC) hingga tinggi (160cC).
- Untuk rambut halus, bertekstur sederhana atau berikal lembut, pilih
tetapan kepanasan sederhana (120cC) hingga rendah (100cC)
- Lebih berhati-hati dengan rambut pucat, perang muda, luntur atau
dirawat warna, kerana ia akan mudah rosak pada suhu tinggi.
◗ Paparan menunjukkan suhu yang dipilih dan waktu selebihnya bagi
sesi meluruskan.
- Lihat pada pemapar untuk melihat suhu yang anda telah pilih.
- Palang pada pemapar memaparkan masa penggunaan alat melurus
yang tinggal. Masa penggunaan adalah 60 minit. Setiap sepuluh minit
satu daripada enam palang akan tidak dipaparkan.
1 Masukkan plag ke dalam soket dinding.
2 Tekan butang matikan/hidupkan.
Lampu pandu bertukar merah untuk menandakan alat melurus sedang
BAHASA MELAYU