Porter-Cable HP4648 Styling Iron User Manual


 
21
Jauhkan peralatan ini dari air! Jangan gunakan produk ini
berdekatan atau di atas air yang tertakung di dalam tab mandi,
besen basuh, sinki, dll. Apabila digunakan di dalam bilik air,
cabutkan plag peralatan selepas digunakan kerana air yang
berdekatan merupakan risiko biarpun peralatan sudah dimatikan.
Untuk perlindungan tambahan, kami nasihatkan anda memasang
peranti penguji arus baki (RCD) dengan kadar arus pengoperasian
baki terkadar tidak melebihi 30mA di dalam litar elektrik yang
membekalkan kuasa ke bilik air. Mintalah nasihat pemasang anda.
Jauhkan alat daripada kanak-kanak.
Gunakan peralatan hanya pada rambut kering atau lembap.
Bahagian plat dan plastik disekeliling peralatan ini akan menjadi
panas apabila digunakan! Hindarkan daripada tersentuh pada kulit.
Untuk sebab keselamatan, pelurus akan mati secara automatik
setelah hidup selama 1 jam.
Sentiasa cabutkan plag peralatan setelah menggunakannya.
Jangan lilit kord utama mengelilingi peralatan.
Tunggu sehingga peralatan telah sejuk sebelum menyimpannya.
Pastikan plat-plat alat melurus bersih dan bebas daripada habuk,
kotoran semburan menggaya dan gel. Jangan gunakan peralatan
bersama dengan mousse menggaya, semburan menggaya, gel dsb.
Sentiasa kembalikan peralatan kepada pusat khidmat yang sah
oleh Philips untuk pemeriksaan atau pembaikan. Jangan cuba
untuk membaiki peralatan ini sendiri, atau jaminan anda akan
menjadi tidak sah.
Apabila menggunakan peralatan, anda mungkin terhidu bau yang
kuat. Ini disebabkan oleh ion yang terjana dan ia tidak
membahayakan tubuh manusia.
Platnya mempunyai salutan seramik. Salutan ini akan haus
mengikut aliran masa. Apabila ini berlak, peralatan akan tetap
berfungsi seperti biasa.
Jangan cuba memeriksa pengion dengan objek logam.
BAHASA MELAYU