Philips QT4070 Electric Shaver User Manual


 
Nota: Untuk memastikan fungsi optimum sistem vakum,
jangan potong melebihi 7mm daripada keseluruhan
kepanjangan janggut anda pada satu-satu masa. Jika anda
hendak memendekkan lagi janggut anda, ulangi proses ini
sekali lagi atau lebih.
Kunci kembara
Anda boleh mengunci perkakas apabila anda
mengembara. Kunci kembara dapat mengelakkan perkakas
daripada dihidupkan dengan tidak sengaja.
Mengaktifkan kunci kembara
1 Tekan dan tahan butang hidup/mati sekurang-
kurangnya selama 6 saat.
, Paparan menghitung mundur dari 3 hingga 1.
Kemudian simbol kunci kembara muncul pada
paparan untuk menunjukkan bahawa perkakas telah
terkunci (Gamb. 16).
Menyahaktifkan kunci kembara
1 Tekan dan tahan butang hidup/mati sekurang-
kurangnya selama 6 saat.
, Paparan menghitung mundur dari 3 hingga 1.
Kemudian simbol kunci kembara hilang daripada
paparan untuk menunjukkan bahawa perkakas kini
tidak berkunci (Gamb. 16).
Nota: Kunci kembara dinyahaktif secara automatik apabila
anda menyambung perkakas kepada sesalur kuasa.
Pembersihan
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih
yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol,
petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Jangan sekali-kali tenggelamkan perkakas ke dalam air
atau apa-apa cecair lain, atau membilaskannya di bawah
paip.
Ruang pengumpulan rambut
1 Matikan perkakas.
2 Buka penutup ruang pengumpulan
rambut (Gamb. 17).
3 Keluarkan rambut daripada ruang pengumpulan
rambut dan/atau keluarkan rambut menggunakan
berus pembersih yang dibekalkan (Gamb. 18).
4 Bersihkan penapis di dalam ruang pengumpulan
rambut dengan berus pembersih yang
dibekalkan (Gamb. 19).
Jangan sekali-kali gunakan objek tajam atau keras untuk
membersihkan penapis untuk mengelakkan daripada
merosakkannya.
5 Tutup penutup ruang pengumpulan rambut.
Perkakas
1 Tarik sikat perapi daripada perkakas (Gamb. 11).
2 Tarik unit pemotongan daripada
perkakas (Gamb. 12).
3 Bersihkan unit pemotong dan bahagian dalam
perkakas dengan berus yang dibekalkan (Gamb. 20).
4 Pasang unit pemotong dan sikat perapi kembali pada
perkakas (‘klik’) (Gamb. 21).
Penyimpanan
1 QT4090 sahaja: Letakkan perkakas dalam pau
penyimpanan yang dibekalkan.
2 Simpan perkakas di tempat yang selamat dan kering.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa
apabila sampai akhir hayatnya, tetapi bawalah ia ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan
berbuat begini, anda membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 22).
- Bateri boleh dicas semula binaan dalam mengandungi
bahan yang mungkin mencemari alam sekitar.
Sentiasa keluarkan bateri sebelum membuangnya dan
bawa perkakas ke pusat pungutan rasmi. Jika anda
menghadapi kesulitan mengeluarkan bateri, anda
boleh juga membawa perkakas tersebut ke pusat
servis Philips. Kakitangan pusat ini akan mengeluarkan
bateri untuk anda dan akan melupuskannya dengan
cara yang selamat alam sekitar. (Gamb. 23)
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Jangan sambung perkakas kepada sesalur kuasa semula
setelah anda membukanya.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengeluarkan bateri
boleh cas semula.
1 Cabut plag perkakas dari sesalur kuasa dan biarkan
perkakas berjalan sehingga motornya berhenti.
2 Buka penutup ruang pengumpulan
rambut (Gamb. 17).
3 Keluarkan 4 skru di dalam ruang rambut
menggunakan pemutar skru (Gamb. 24).
4 Tarik ruang pengumpulan rambut keluar daripada
perkakas dengan agak kuat (Gamb. 25).
5 Untuk mengeluarkan panel hadapan, sendalkan
pemutar skru antara panel hadapan dan bahagian
dalam perkakas (Gamb. 26).
6 Keluarkan 4 skru pada bahagian dalam
perkakas (Gamb. 27).
7 Keluarkan panel dalaman (Gamb. 28).
8 Keluarkan papan litar bercetak dengan bateri boleh
cas semula bersambung dengannya (Gamb. 29).
9 Potong wayar antara papan litar bercetak dan bateri
boleh cas semula.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat
atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat
Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan
sedunia). Jika Pusat Layanan Pelanggan tidak terdapat di
negara anda, hubungi wakil penjual Philips tempatan anda.
7
4222.002.8111.1