Philips QT4070 Electric Shaver User Manual


 
Pengenalan
Tahniah di atas pembelian anda, dan selamat datang ke
Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Perapi janggut vakum Philips yang tidak perlu
penyelenggaraan ini menggabungkan teknologi inovatif
dan keselesaan penggunaan yang menonjol. Ia amat sesuai
untuk memotong dan membuat garis bentuk janggut dan
jambang anda.
Mekanisme vakum bersepadu menyedut rambut yang
dipotong sepanjang penggunaan dan akan meninggalkan
singki yang lebih bersih selepas digunakan. Sikat perapi,
unit pemotong yang tajam sendiri dan gelang pelarasan
untuk memilih panjang rambut antara 1 dan 18mm
memastikan hasil pemotongan yang cemerlang dan
pengendalian yang menjimatkan masa. Bentuk ergonomik
perkakas ini membolehkan anda mengendalikannya
dengan senang dan selesa.
QT4070 disertakan dengan sikat perapi yang direka khas
untuk membolehkan anda melihat dengan jelas apabila
anda hendak membuat penampilan janggut yang baru
tumbuh.
QT4090 disertakan dengan sikat perapi yang mengikut
garis bentuk yang direka khas untuk merapikan janggut
yang lebih panjang. Ia juga mempunyai perapi kepersisan
berkualiti tinggi yang menjamin pemotongan yang tepat
dan rapi.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Unit pemotong yang boleh ditanggalkan
B Penutup ruang pengumpulan rambut
C Ruang & penapis pengumpulan rambut
D Gelang pelarasan (Kunci Zum Tepat `)
E Penunjuk panjang rambut
F Penunjuk tahap cas
G Penunjuk kunci kembara
H Butang hidup/mati
I Butang turbo
J Soket untuk plag perkakas
K Pau penyimpanan (QT4090 sahaja)
L Plag perkakas
M Plag penyesuai (2.5V/1500mA)
N Berus pembersih
O Perapi kepersisan (QT4090 sahaja)
P Sikat perapi yang mengikut garis bentuk (QT4090)
Q Sikat perapi (QT4070)
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan masa
depan.
Bahaya
- Pastikan plag penyesuai tidak basah.
Amaran:
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Plag penyesuai mengandungi pengubah. Jangan
potong plag penyesuai untuk menggantikannya
dengan plag yang lain kerana ini akan menimbulkan
situasi berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Awas
- Cas, gunakan dan simpan perkakas pada suhu antara
5°C dan 35°C.
- Jangan cas perkakas dalam pau penyimpanan yang
dibekalkan.
- Jangan rendam perkakas di dalam air atau
sebarang cecair lain, atau membilasnya di bawah
paip. (Gamb. 2)
- Hanya gunakan penyesuai yang dibekalkan.
- Jika plag penyesuai, unit pemotong atau salah satu
sikat perapi rosak, sentiasa ganti dengan salah satu
jenis asal untuk mengelakkan bahaya.
- Plag penyesuai memindahkan 220-240 volt kepada
voltan rendah yang selamat yang kurang daripada 24
volt.
- Jangan gunakan perkakas jika salah satu sikat perapi
atau unit pemotong rosak atau patah, kerana ia boleh
menyebabkan kecederaan.
- Perkakas ini hanya bertujuan untuk merapikan janggut
manusia. Jangan gunakan untuk sebarang tujuan lain.
Medan Elektro Magnet (EMF)
- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk
digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati
pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
Mengecas
Cas perkakas sepenuhnya sebelum anda menggunakannya
buat pertama kali dan selepas tidak digunakan dalam
tempoh yang lama.
Mengecas mengambil masa kira-kira 60 minit jika perkakas
kosong sepenuhnya.
1 Pastikan perkakas dimatikan.
2 Masukkan plag perkakas ke dalam perkakas
dan masukkan plag penyesuai ke dalam soket
dinding (Gamb. 3).
, Apabila anda mula mengecas perkakas yang
kehabisan bateri, segmen bawah penunjuk tahap
cas akan berkelip oren. Apabila bateri mengandungi
kuasa yang cukup untuk satu sesi perapian kira-kira
7 minit, segmen bawah akan mula berkelip biru.
, Mula-mula segmen bawah penunjuk tahap
cas berkelip biru, kemudian segmen kedua
dan seterusnya, sehingga perkakas dicas
sepenuhnya. (Gamb. 4)
, Apabila perkakas dicas sepenuhnya, semua segmen
penunjuk tahap cas akan menyala biru berterusan.
, Jika perkakas yang dicas sepenuhnya masih
tersambung kepada sesalur kuasa selepas 1 jam,
segmen penunjuk tahap cas akan padam.
Bateri lemah
Apabila bateri hampir habis (apabila terdapat anggaran
7 minit atau kurang masa perapian yang tinggal), segmen
bawah penunjuk tahap cas bertukar menjadi warna oren.
Apabila anda mematikan perapi, segmen bawah akan
berkelip selama beberapa saat.
Perapian berkord
Apabila bateri boleh cas semula lemah, anda juga boleh
menggunakan perkakas daripada sesalur kuasa.
Untuk menggunakan perkakas dengan menyambungnya
kepada sesalur kuasa:
1 Matikan perapi dan sambungkan kepada sesalur
kuasa.
2 Tunggu beberapa saat dan kemudian hidupkan
perkakas.
Nota: Jika bateri benar-benar kosong, tunggu beberapa minit
sebelum anda menghidupkan perkakas.
Menggunakan perkakas
Penunjuk paparan
Paparan diaktifkan apabila anda menekan butang hidup/
mati dan apabila anda memutar gelang pelarasan.
- Semasa perapian, paparan menyediakan maklumat
berikut: (Gamb. 5)
, -’ apabila tiada sikat terpasang pada perkakas.
, Panjang rambut yang dipilih (iaitu panjang rambut
yang tinggal selepas perapian) dalam milimeter.
, Tahap baki cas.
, Simbol kunci kembara jika perkakas dikunci (lihat
bahagian ‘Kunci kembara’ dalam bab ini).
, ’E’ jika unit pemotong tersekat.
Perapian janggut
Sentiasa sikat janggut atau misai dengan sikat yang halus
sebelum anda mulakan perapian.
Merapi dengan sikat perapi
Tetapan panjang rambut ditunjukkan dalam milimeter
pada paparan perkakas. Tetapan ini sepadan dengan
panjang rambut yang tinggal selepas pemotongan.
Sikat perapi memotong rambut kepada kepanjangan
1-18mm.
Jika anda merapi buat kali pertama, mulakan dengan
tetapan panjang rambut maksimum (18mm).
1 Luncurkan sikat perapi ke atas perkakas (Gamb. 6).
2 Putar gelang pelarasan (Kunci Zum Tepat
`) kepada tetapan panjang rambut yang
dikehendaki. (Gamb. 7)
, Paparan menunjukkan panjang rambut yang dipilih.
3 Hidupkan suis perkakas (Gamb. 8).
Nota: Semasa merapi, anda boleh menggunakan fungsi
turbo untuk kuasa sedutan dan kelajuan perapian ekstra
(lihat bahagian ‘Fungsi turbo’ di bawah).
4 Untuk merapi dengan paling berkesan,
gerakkan perkakas melawan arah pertumbuhan
rambut (Gamb. 9).
Nota: Buat pergerakan lancar dan lembut dan pastikan
permukaan sikat perapi sentiasa bersentuhan dengan kulit.
Nota: Jangan gerakkan perkakas terlalu laju.
5 Matikan perkakas selepas digunakan dan
bersihkannya (lihat bab ‘Membersihkan’).
Membuat penampilan janggut baru tumbuh
- Gunakan perapi dengan sikat perapi yang ditetapkan
kepada panjang rambut 1mm untuk menghasilkan
penampilan janggut baru tumbuh (Gamb. 10).
- Jika anda inginkan janggut yang lebih pendek pada
0.5mm, gunakan perapi tanpa dipasangkan sikat
perapi.
Merapi tanpa sikat perapi
Gunakan perapi tanpa sikat perapi untuk merapikan
janggut penuh dan juga janggut sehelai.
1 Tanggalkan sikat perapi (Gamb. 11).
Perhatian untuk QT4090: Jangan sekali-kali tarik bahagian
atas sikat perapi yang eksibel. Sentiasa tarik bahagian
bawahnya.
2 Buat pergerakan terkawal dan sentuh rambut
dengan perlahan dengan unit pemotong.
Membentuk dengan perapi kepersisan
(QT4090 sahaja)
Anda boleh menggunakan perapi kepersisan untuk
membentuk misai dan jambang anda, untuk menentukan
garis bentuk dan juga untuk memotong yang sehelai-
sehelai.
1 Tanggalkan sikat perapi (Gamb. 11).
Nota: Jangan sekali-kali tarik bahagian atas sikat perapi
yang eksibel. Sentiasa tarik bahagian bawahnya.
2 Tarik unit pemotong daripada perkakas (Gamb. 12).
3 Letakkan perapi kepersisan pada
perkakas (Gamb. 13).
4 Apabila anda menggunakan perapi kepersisan,
pegang perkakas sehingga perapi menghala ke atas
dan buat gerakan ke bawah (Gamb. 14).
Fungsi turbo
Anda boleh menggunakan fungsi turbo untuk kuasa
sedutan yang lebih kuat dan meningkatkan kelajuan
pemotongan.
1 Hidupkan suis perkakas (Gamb. 8).
2 Tekan butang turbo (Gamb. 15).
Apabila anda mematikan perkakas, fungsi turbo dinyahaktif
secara automatik.
Menyedut rambut yang dipotong
Mekanisme sedutan diaktifkan secara automatik sebaik
sahaja anda menghidupkan perkakas. Ia menyedut rambut
yang dipotong sepanjang setiap jenis penggunaan, iaitu
merapi dengan dan tanpa sikat perapi dan membuat garis
bentuk.
Kami menasihatkan anda agar membersihkan ruang
pengumpulan rambut selepas setiap sesi perapian. Apabila
anda merapikan janggut yang panjang dan tebal, anda
juga perlu membersihkan ruang pengumpulan rambut
semasa sesi perapian untuk mengekalkan prestasi sedutan
optimum (lihat bab ‘Pembersihan’, bahagian ‘Ruang
pengumpulan rambut’).
BAHASA MELAYU
6
4222.002.8111.1