Philips QT4050 Electric Shaver User Manual


 
4 Bersihkan penapis di dalam ruang
pengumpulan rambut dengan berus pembersih
yang dibekalkan (Gamb. 13).
Jangan sekali-kali gunakan objek tajam atau keras
untuk membersihkan penapis untuk mengelakkan
daripada merosakkannya.
5 Tutup penutup ruang pengumpulan rambut.
Perkakas
1 Tarik sikat perapi daripada
perkakas (Gamb. 10).
2 Tarik unit pemotongan daripada
perkakas (Gamb. 14).
3 Bersihkan unit pemotong dan bahagian
dalam perkakas dengan berus yang
dibekalkan (Gamb. 15).
4 Pasang unit pemotong dan sikat perapi
kembali pada perkakas (‘klik’) (Gamb. 16).
Penyimpanan
1 Simpan perkakas di tempat yang selamat dan
kering.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas bersama sampah
rumah biasa apabila sampai akhir hayatnya,
tetapi bawalah ia ke pusat pungutan rasmi
untuk dikitar semula. Dengan berbuat
begini, anda membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 17).
- Bateri boleh dicas semula binaan dalam
mengandungi bahan yang mungkin mencemari
alam sekitar. Sentiasa keluarkan bateri sebelum
membuangnya dan bawa perkakas ke pusat
pungutan rasmi. Jika anda menghadapi
kesulitan mengeluarkan bateri, anda boleh
juga membawa perkakas tersebut ke pusat
servis Philips. Kakitangan pusat ini akan
mengeluarkan bateri untuk anda dan akan
melupuskannya dengan cara yang selamat alam
sekitar. (Gamb. 18)

Jangan sambung perkakas kepada sesalur kuasa
semula setelah anda membukanya.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengeluarkan
bateri boleh cas semula.
1 Cabut plag perkakas dari sesalur kuasa dan
biarkan perkakas berjalan sehingga motornya
berhenti.
2 Buka penutup ruang pengumpulan
rambut (Gamb. 11).
3 Keluarkan 4 skru di dalam ruang rambut
menggunakan pemutar skru (Gamb. 19).
4 Tarik ruang pengumpulan rambut
keluar daripada perkakas dengan agak
kuat (Gamb. 20).
5 Untuk mengeluarkan panel hadapan, sendalkan
pemutar skru antara panel hadapan dan
bahagian dalam perkakas (Gamb. 21).
6 Keluarkan 4 skru pada bahagian dalam
perkakas (Gamb. 22).
7 Keluarkan panel dalaman (Gamb. 23).
8 Keluarkan papan litar bercetak dengan
bateri boleh cas semula bersambung
dengannya (Gamb. 24).
9 Potong wayar antara papan litar bercetak dan
bateri boleh cas semula.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat
atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati
laman web Philips di www.philips.com atau
hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara
anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya
di dalam risalah jaminan sedunia). Jika Pusat Layanan
Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi
wakil penjual Philips tempatan anda.
7
4222.002.8126.1