Philips QT4050 Electric Shaver User Manual


 
Pengenalan
Tahniah di atas pembelian anda, dan selamat datang
ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips,
daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Perapi janggut vakum Philips yang tidak perlu
penyelenggaraan ini menggabungkan teknologi
inovatif dan keselesaan penggunaan yang menonjol.
Ia amat sesuai untuk memotong dan membuat garis
bentuk janggut dan jambang anda.
Mekanisma vakum bersepadu menyedut rambut
yang dipotong semasa penggunaan dan akan
meninggalkan singki yang lebih bersih selepas
digunakan. Sikat perapi, unit pemotong yang tajam
sendiri dan gelang pelarasan untuk memilih panjang
rambut antara 1 dan 18mm memastikan hasil
pemotongan yang cemerlang dan pengendalian
yang menjimatkan masa. Bentuk ergonomik
perkakas ini membolehkan anda mengendalikannya
dengan senang dan selesa.
Perkakas disertakan dengan sikat perapi yang
mengikut garis bentuk yang telah direka khas untuk
merapikan janggut yang lebih panjang.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Unit pemotong yang boleh ditanggalkan
B Penutup ruang pengumpulan rambut
C Ruang & penapis pengumpulan rambut
D Gelang pelarasan (Kunci Zum Tepat `)
E Lampu bateri
F Butang hidup/mati
G Soket untuk plag perkakas
H Plag perkakas
I Plag penyesuai (2.5V/1500mA)
J Berus pembersih
K Sikat perapi yang mengikut garis bentuk
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpan untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Pastikan plag penyesuai tidak basah.
Amaran:
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
- Plag penyesuai mengandungi pengubah. Jangan
potong plag penyesuai untuk menggantikannya
dengan plag yang lain kerana ini akan
menimbulkan situasi berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan
mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk
memastikan mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
Awas
- Cas, gunakan dan simpan perkakas pada suhu
antara 5°C dan 35°C.
- Jangan cas perkakas di dalam pau atau kaset.
- Jangan tenggelamkan perkakas ke dalam air
atau apa-apa cecair lain, atau membilaskannya
di bawah paip (Gamb. 2).
- Hanya gunakan penyesuai yang dibekalkan.
- Jika plag penyesuai, unit pemotong atau sikat
perapi rosak, sentiasa ganti dengan salah satu
jenis yang asal demi mengelakkan bahaya.
- Plag penyesuai memindahkan 220-240 volt
kepada voltan rendah yang selamat yang kurang
daripada 24 volt.
- Jangan gunakan perkakas jika salah satu sikat
perapi atau unit pemotong rosak atau patah,
kerana ini boleh menyebabkan kecederaan.
- Perkakas ini hanya bertujuan untuk merapikan
janggut manusia. Jangan gunakan untuk sebarang
tujuan lain.

- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai
yang berhubung dengan medan elektromagnet
(EMF). Jika dikendalikan dengan betul
dan mematuhi arahan dalam manual pengguna
ini, perkakas selamat untuk digunakan menurut
bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya

Cas perkakas sepenuhnya sebelum anda
menggunakannya buat pertama kali dan selepas
tidak digunakan dalam tempoh yang lama.
Pengecasan mengambil masa kira-kira 8 jam jika
perkakas benar-benar kosong.
1 Pastikan perkakas dimatikan.
2 Masukkan plag perkakas ke dalam perkakas
dan masukkan plag penyesuai ke dalam soket
dinding (Gamb. 3).
, Apabila anda mengecas perkakas, lampu bateri
berkelip hijau.
, Apabila bateri telah dicas sepenuhnya,
lampu penunjuk bateri akan menyala hijau
berterusan.
, Jika perkakas yang penuh cas masih
bersambung kepada sesalur kuasa selepas 30
minit, lampu bateri akan padam.
Bateri lemah
Apabila bateri hampir habis (apabila terdapat hanya
lebih kurang 7 minit atau kurang masa perapian),
lampu bateri akan bertukar kepada warna oren.
Apabila anda memadamkan perapi, lampu bateri
akan berkelip oren selama beberapa saat.
Perapian berkord
Apabila bateri boleh cas semula lemah, anda juga
boleh menggunakan perkakas daripada sesalur
kuasa.
Untuk menggunakan perkakas dengan
menyambungnya kepada sesalur kuasa:
1 Matikan perapi dan sambungkan kepada
sesalur kuasa.
2 Tunggu beberapa saat dan kemudian hidupkan
perkakas.
Nota: Jika bateri benar-benar kosong, tunggu
beberapa minit sebelum anda menghidupkan
perkakas.

Perapian janggut
Sentiasa sikat janggut atau misai dengan sikat yang
halus sebelum anda mulakan perapian.

Tetapan panjang rambut ditunjukkan dalam
milimeter pada sikat perapi. Tetapan ini merupakan
panjang rambut yang tinggal selepas pemotongan.
Sikat perapi memotong rambut kepada
kepanjangan 1-18mm.
Jika anda merapi buat kali pertama, mulakan
dengan tetapan panjang rambut maksimum
(18mm).
1 Luncurkan sikat perapi ke atas
perkakas (Gamb. 4).
2 Putar gelang pelarasan (Kunci Zum Tepat
`) kepada tetapan panjang rambut yang
dikehendaki. (Gamb. 5)
, Panjang rambut yang dipilih ditunjukkan oleh
anak panah pada sisi perkakas. (Gamb. 6)
3 Hidupkan suis perkakas (Gamb. 7).
4 Untuk merapi dengan paling berkesan,
gerakkan perkakas melawan arah
pertumbuhan rambut (Gamb. 8).
Nota: Buat pergerakan lancar dan lembut dan
pastikan permukaan sikat perapi sentiasa
bersentuhan dengan kulit.
Nota: Jangan gerakkan perkakas terlalu laju.
5 Matikan perkakas selepas digunakan dan
bersihkannya (lihat bab ‘Membersihkan’).

tumbuh
- Gunakan perapi dengan sikat perapi yang
ditetapkan kepada panjang rambut 1mm untuk
menghasilkan penampilan janggut baru
tumbuh (Gamb. 9).
- Jika anda inginkan penampilan janggut baru
tumbuh yang jauh lebih pendek pada 0.5mm,
gunakan perapi tanpa memasang sikat perapi.

Gunakan perapi tanpa sikat perapi untuk merapikan
janggut penuh dan juga janggut sehelai.
1 Tanggalkan sikat perapi (Gamb. 10).
Nota: Jangan sekali-kali tarik bahagian atas sikat
perapi yang eksibel. Sentiasa tarik bahagian
bawahnya.
2 Buat pergerakan terkawal dan sentuh rambut
dengan perlahan dengan unit pemotong.

Mekanisme sedutan diaktifkan secara automatik
sebaik sahaja anda menghidupkan perkakas. Ia
menyedut rambut yang dipotong sepanjang setiap
jenis penggunaan, iaitu merapi dengan dan tanpa
sikat perapi dan membuat garis bentuk.
Kami menasihatkan anda agar membersihkan
ruang pengumpulan rambut selepas setiap sesi
perapian. Apabila anda merapikan janggut yang
panjang dan tebal, anda juga perlu membersihkan
ruang pengumpulan rambut semasa sesi perapian
untuk mengekalkan prestasi sedutan optimum (lihat
bab ‘Pembersihan’, bahagian ‘Ruang pengumpulan
rambut’).
Nota: Untuk memastikan fungsi optimum sistem
vakum, jangan potong melebihi 7mm daripada
keseluruhan kepanjangan janggut anda pada satu-
satu masa. Jika anda hendak memendekkan lagi
janggut anda, ulangi proses ini sekali lagi atau lebih.
Pembersihan
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif
seperti alkohol, petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
Jangan sekali-kali tenggelamkan perkakas ke dalam
air atau apa-apa cecair lain, atau membilaskannya
di bawah paip.
Ruang pengumpulan rambut
1 Matikan perkakas.
2 Buka penutup ruang pengumpulan
rambut (Gamb. 11).
3 Keluarkan rambut daripada ruang
pengumpulan rambut dan/atau keluarkan
rambut menggunakan berus pembersih yang
dibekalkan (Gamb. 12).

6
4222.002.8126.1