Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
Jauhkan perkakas dari air. Jangan gunakannya berdekatan atau di atas
air yang bertakung di dalam tab mandi, besen basuh, sinki, dll. Apabila
digunakan di dalam bilik air, cabutkan plag perkakas selepas digunakan.
Air yang berdekatan merupakan risiko biarpun perkakas sudah
dimatikan.
Untuk perlindungan tambahan, kami mengesyorkan agar anda
memasang peranti arus baki (RCD) dalam litar elektrik yang
membekali bilik air. RCD ini mesti mempunyai arus pengoperasian
baki berkadar yang tidak melebihi 30mA. Mintalah nasihat daripada
pemasang anda.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak
Plat pelurus dan bahagian plastik berhampiran dengan plat mencapai
suhu tinggi dengan cepat. Mengelakkan permukaan haba perkakas
daripada tersentuh dengan kulit anda.
Gunakan perkakas hanya pada rambut yang kering atau lembap.
Jangan biarkan plat di dalam rambut anda selama beberapa saat pada
satu-satu masa kerana ini boleh merosakkan rambut anda.
Jauhkan perkakas dari permukaan yang tidak tahan panas dan jangan
sekali-kali tutup perkakas dengan sebarang alas (contohnya tuala atau
kain) semasa ia panas.
Atas sebab keselamatan, pelurus akan mati secara automatik setelah
hidup selama 1 jam.
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Jangan lilit kord sesalur mengelilingi perkakas.
Tunggu sehingga perkakas sejuk sebelum menyimpannya.
Pastikan plat pelurus bersih dan bebas habuk, kotoran dan produk
dandanan seperti mus, semburan dan gel. Habuk, kotoran dan produk
dandanan boleh merosakkan plat pelurus bersalut seramik tourmalin.
Sentiasa pulangkan perkakas kepada pusat perkhidmatan yang
diluluskan oleh Philips untuk pemeriksaan atau pembaikan. Pembaikan
oleh orang yang tidak mahir boleh menyebabkan situasi yang amat
bahaya kepada pengguna.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BAHASA MELAYU28