Philips BG2025 Electric Shaver User Manual


 
2 Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan perkakas.
3 Letakkan unit pencukur pada kulit.
4 Gerakkan perkakas melawan arah pertumbuhan bulu dengan satu
tangan, sementara meregangkan kulit dengan tangan yang sebelah lagi.
Nota: Pastikan bahawa unit pencukur sentiasa benar-benar bersentuhan
dengan kulit.
Petua merapi dan mencukur
- Jika bulu lebih panjang dari 10mm, anda boleh merapikannya
terlebih dahulu dengan sikat perapian 1 kepada 3mm panjang untuk
memudahkan pencukuran.
- Anda mendapat hasil perapian terbaik semasa kulit dan bulu sedang
kering.
- Anda boleh menggunakan perkakas di bilik mandi. Untuk memastikan
luncuran yang lebih mudah, gunakan sedikit busa cukur atau gel
mandian pada kulit anda.
Pencukuran dengan alat tambahan pencukur belakang
(BG2036/BG2038 sahaja)
1 Tekan dan tahan butang pelepasan (1) dan buka alat tambahan
pencukur belakang (2).
2 Letakkan bahagian bawah perkakas di bahagian bawah pemegang di
alat tambahan pencukur belakang. Kemudian tekan bahagian atasnya
pada bahagian atas pemegang sehingga ia terkunci pada tempatnya
dengan bunyi klik.
3 Cukur bahagian belakang anda dengan menggerakkan alat tambahan
pencukur belakang bersama perkakas ke atas dan bawah dengan
pemegangnya.
BAHASA MELAYU60