Philips BG2024 Electric Shaver User Manual


 
56
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Philips Bodygroom menawarkan pencukuran dan perapian yang selamat,
lembut, cepat dan licin untuk setiap bahagian badan di bawah garis leher.
Dengan pencukur dan perapi boleh cas semula dalam satu anda dengan
mudah boleh memotong dan membuang bulu badan di mana sahaja yang
anda mahukan, ketika basah atau kering!
Perihalan umum (Gamb. 1)
1 Sikat perapi 1 (3mm/0.11 inci)
2 Sikat perapi 2 (5mm/0.19 inci) (BG2038/BG2036/BG2028/BG2026
sahaja)
3 Sikat perapi 3 (7mm/0.27 inci) (BG2038/BG2036/BG2028/BG2026
sahaja)
4 Penunjuk saiz sikat (1, 2 atau 3)
5 Unit pencukur
6 Butang hidup/mati
7 Penunjuk status bateri
8 Penyesuai
9 Berus pembersih (BG2038/BG2036/BG2028/BG2026 sahaja)
10 Alat tambahan pencukur belakang (BG2038/BG2036 sahaja)
11 Penunjuk status bateri
12 Penyesuai
13 Penegak cas
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Pastikan penyesuai sentiasa kering.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah
berpadanan dengan voltan sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda
menyambungkan perkakas ini.
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan pencukur ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Periksa perkakas setiap kali anda hendak menggunakannya. Jangan
gunakan perkakas jika ia rosak, kerana ini boleh menyebabkan
kecederaan.
BAHASA MELAYU